Wednesday 21 December 2011

tak tau kenape. tapi ni la aku. YUYUS

selamat malam semue.... aku sayang naufal tao...
tapi tu la... aku selalu marah die even masalah aku xde kne mengene ngan die... aku marah die pon sebab time aku bengang tu la die banyak bbel at aku!=="
asik2 tnye soalan yang aku da bagi jawap berulang2 kali! aku mmng pantang owang tanye soalan yang same banyak kali....

tapi even ape pon die buat at aku. aku tak bole perlakukan die sperti EX2 aku yang dulu.
ntah knpe la hati batu aku ni bole cair sebb die?
semue EX2 aku cakap aku ni PEREMPUAN YANG TAK ADA PERASAAN, tapi bagi naufal aku ni bkn la macm tu...
bahkan die cakap aku ni baik...(^_^)

aku ni dulu playgurl. paling sikit pon balak aku 4orang dalam mase yang same.
tapi aku tak penah pon jmpe diorang semue....
ala kpl dalm phon je kot... jmpe pon dari jaoh. if aku tngok bdak tu ok aku datang r at die ktorang dok borak2 dalam 1 jam or setnga jam. n then aku da dapat due blanje or ape yang aku nak. aku blah r.

tapi ata naufal aku xleh nak wat cam tu.
mybe sbb nuafal suke aku bkan sebab rupe aku... EX2 aku tu semue seke aku sebbb rupe aku n sbb aku kaye la bagi diorang...
tapi naufal kpl ngan aku bkn sbb tu smue... die trme baik buruk aku...
tapu kadang aku bengfkek ga' ngan naufal ni. sebb asik cmburu n curige n pkir bkan2 n yang paling aku menyampah die ske sangat cakap soh aku cakap (JUJUR)...==

Aku tau msti sukar untuk die prcaye kan EX playgurl cam aku ni...
lagi satu aku ni ratu PENIPU n pandai BERLAKON n pandai PAO duet orang...
tapi aku tak leh nak pao2 naufal...=="
aku tak leh nak pao die sbb aku sayang dri die n bkn duit die...

lagi satu aku ni panas baran tao? kasar ske panjat pokok. da ber kali2 jatoh pon tak serik2 lagi.. n aku ni ske blasah naufal. bkn die je... sape2 je yang wat aku bengang msti tangan or kali aku tros brjalan!

Aku sayng die. even aku tau yang aku tak ckup baik untuk jadi kksih die aku ttp akn cube tok jadi yang terbaik...
hati aku da trikat pade die sejak pertame kali aku mlhat die walaopn itu hanya dari jauh...
heheh... dasyat btol gataran cinta die mmnggil aku... depan skola n depan terminal tu...

Aku tak ade jawapan untuk semue soalan yang die tanye pade aku. sbb aku mncintai die bkn di sebabkan sbb. sebab cinta aku pade die tidak bersyarat. sbb itu takde sbb untuk aku mmbri alasan knpe aku mncintai die...
JIka sseorang itu mmbri sbb knpe die mncntai sseorang itu, itu brmaksud cnta yang bersebab.
cinta adalah cinta yang di lafas kan didalam hati,tak bersebab, tak trkate, tak ter dengar, tak berbunyi,tak terliaha, tak terputus walaopun brjauhan....
cinta aku pade naufal xterungkap dengn kate2.

aku harap aku akn brsame die hngge ke ahirat.

Tuesday 20 December 2011

sunyi nye........

honey sunyi malam ni........nape la hny pecaya dengan kata2 gurawan fal......sunyi nya honey tak mesej faal ermmmmm :'(

orang nak mintak maaf kat honey.....

salam kalau korang nak tahu kenapa aku cakap macam ni sebab aku tadi pergurauan aku tu agak kasar...lepas tu aku cakap dengan dia malam ini tak yah mesej....awek aku ni jenis yang pantang di cabar....tapi aku just nak begurau je tapi tak tahu lak yang akan jadi macam ni....erm aku sedih sebab malam ni aku tak kan dapat mesej dia....1 malam tak mesej rasa lain pulak....aku hope bila dia bace ni esok dia akan balas mesej aku.......
owg mintak maaf da buat dia marah geram o apa2....
tapi kalau korang nak tahu esok pagi aku jumpa dia tu pun kejap je nak bagi notebook aku kat dia...
lepas itu aku akan pegi ......yuyus tahu mana aku akan pegi

esok yuyus jaga diri aw....jangan tak makan lak.....

Tuesday 13 December 2011

honey maaf kan orang ye....

salam semua.......kenapa tajuk aku macam nie...semalam aku dah buat orang yang aku sayang risau kat aku n dalam pemikiran dia pulak ditakut aku akan meninggalkan sia.....aku tak ada niat nak tinggalkan dia sebab aku terlalu sayangkan dia...if aku putuz dengan dia sape nak bawak dia pegi hospital n if dia sakit sape nak temankan dia...takan dia nak mengharapkan ayah dia...ayah dia pun sakit....dan punca utama yang buat tak putus denagn dia SEBAB AKU TERLALU SAYANGKAN DIRINYA.....pasal inilah aku tak boleh dan tak akan berpisah dengan nya,,,........senang cerita aku sayang dia ketat2 la... <3 <3 <3

Monday 12 December 2011

10petanda jodoh

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

aku amat mencintai nya

salam aku hari ini berasa sedih ya amat sebab aku takot yang aku akan kehilangan dia...memang aku tau yang dia tak akan tinggalkan aku tapi aku takut dia akan benci dengan sikap aku....sebenarnya tadi aku nak peluk dia dan terus berjujur kepada dirinya yang aku amat mencintainya tapi aku takut sangat2 entah apa-apalah aku ini kan....tak apa esok aku akan suruh dia baca blog aku ini dan insyaallah hati aku akan tenang...amin.....

pekara yang ingin aku bagi tahu dia adalah:
1. aku sayang dia sangat2
2. aku tak boleh nak melupakan dirinya
3. aku tak boleh melihat dirinya sedih dan sakit
4. aku jeles bila tengok dia mesej dengan orang lain (tapi sekarang dah kurang

aku hope bila dia baca ini dia akan memberi jawapan yang buat aku tidak resah lagi
dan hope pas dia baca ni dia pelok aku lah .....

Saturday 3 December 2011

why

salam semua kenapalah aku selalu tak memahami si dia tu kan.......sedangkan si dia 2 selalu memahami aku even dia marah pun dia tetap akan mesej aku...tapi aku kalau marah dia mesti aku pikir yang bukan2...erm....tapi dalam hatia aku ada dia seorng je tiada yang lain....aku tahu dalam hati dia pun ade aku.....love u sayang

Thursday 1 December 2011

yuyus

salam hari ini aku bawak awek aku pi hospital...dia sakit ....erm aku tak bole tengok dia sakit sebenarnya,...sebab dia tu bagi aku sangat2 istimewa aw...tak pernah aku jumpa awek macam dia....dia tu sweet aw....hehe...n tadi dia dah luahkan perasaan dia kat aku....so aku pun da luahkan kat dia.....hope aku dengan dia akan menjadi suami isteri yang sah 1 hari kelak amin ya rabbal 'alamin.....
ni jelah aku nak kongsi kan...